PELANGGAN STEMLIFE Dapatkan Maklumat Pek Percuma
About StemLife
About StemLife

Pasukan Logistik Stemlife

Pasukan StemLife Logistik amat berdedikasi dalam menyediakan pengendalian ekspres berkualiti, perkhidmatan logistik rantaian yang sejuk & selamat sepanjang masa untuk produk perubatan yang sensitif, mengunakan amalan terbaik antarabangsa dalam pengurusan suhu, masa & risiko untuk memastikan hayat dan saringan sel yang optima.

StemLife Logistics Team

Armada Kenderaan Ekspres

StemLife menggunakan kenderaan persendirian khusus untuk pengendalian unit darah tali pusat secara ekspres . Pemindahan diuruskan dengan jadual pengangkutan yang tepat, cekap , boleh dipercayai dan selamat.

Sistem Penghantaran STEMCOOLTM

Stemcool adalah protokol masa & suhu yang telah diuji untuk mengekalkan sel-sel pada suhu yang bersesuaian. Kami menggunakan pembungkusan yang mematuhi IATA dan pasukan kami menyediakan sistem penghantaran yang selamat untuk hasil yang terbaik semasa pengangkutan.

GPS & Sistem Pengawasan Navision

Sistem pengawasan telah dibina untuk memantau unit darah tali pusat dalam transit pada setiap masa. Prosedur disediakan untuk perkhidmatan yang senang diramal, pada setiap masa, tepat dan cekap.

Sasaran Jangka Masa Penghantaran

Pasukan kami telah mencapai status industri terkemuka untuk pemindahan darah tali pusat dengan purata lebih kurang 3 jam di kawasan Lembah Klang , purata lebih kurang 15 jam di luar kawasan Lembah Klang dan purata lebih kurang 26 jam untuk Malaysia Timur.

Perkhidmatan Sokongan Pemindahan Tangki-Krio

Perkhidmatan kami diuruskan oleh kakitangan kami yang telah dilatih dan bersijil oleh World Courier di bawah sistem IATA untuk penghantaran produk biologi. Tangki-Krio telah direka untuk menjaga sel-sel stem pada suhu yang sesuai untuk 8 hari. Pasukan kami mempunyai lebih 17 tahun pengalaman pengendalian pengangkutan tempatan dan antarabangsa sel stem.

X            

Dapatkan info kuasa sel stem tali pusat?

Hubungi kami di +603 2779 0033 atau membuat temujanji untuk!
Buat temujanji sekarang