PELANGGAN STEMLIFE Dapatkan Maklumat Pek Percuma
Stem Cell Banking
Perbankan sel stem

Apa itu Selaput tali pusat

Tali pusat mengandungi darah tali pusat , jeli Wharton , dua ateri tali pusat dan satu vena tali pusat. Komponen ini dilindungi oleh lapisan membran dikenali sebagai selaput tali pusat. Jeli Wharton mengandungi satu jenis sel stem – Sel Stem Mesenchymal (MSC), manakala selaput tali pusat mengandungi sekurang-kurangnya dua jenis sel stem iaitu Sel Stem Mesenchymal (MSC) dan Sel Stem Epithelial (EpSC).

Bahagian Tali Pusat

Sel stem yang terdapat dalam selaput tali pusat

Sel Stem Mesenchymal (MSC) telah menunjukkan potensi besar dalam membantu pembaikan tisu dan organ-organ yang tercedera dan rawatan untuk pelbagai penyakit. Sel Stem Epithelial EpSCs membentuk tisu lembut yang menghubungkan, menyokong, atau mengelilingi struktur dan organ tubuh lain termasuk kornea, kulit, dan hati. MSCs adalah blok bangunan tisu struktur badan kita seperti tulang, tulang rawan, otot, tisu berserabut dan lemak.

Epithelial Stem Cells
Mesenchymal Stem Cells

Sel Stem Epithelial (EpSCs) adalah penting kerana mereka boleh membentuk menjadi:

  • Sel Kulit
  • Sel Kornea
  • Sel Hati
  • Sel yang menghasilkan Insulin
  • Sel yang menghasilkan Mucin
  • Sel Dalaman Telinga

Sel Stem Mesenchymal (MSCs) adalah penting kerana mereka boleh membentuk menjadi:

  • Sel Lemak
  • Sel Tulang Rawan
  • Sel-Sel Hati
  • Sel-sel yang menghasilkan tulang
  • Sel-sel yang menghasilkan saraf


Sumber MSC & EpSC Yang Lain

Walaupun MSC dan EpSC boleh diperolehi daripada sumber-sumber lain dalam badan kita , terdapat banyak faedah menggunakan sel-sel yang diperoleh daripada selaput tali pusat. Jadual di bawah meringkaskan beberapa manfaat menggunakan sel-sel dari selaput tali pusat berbanding dengan sumber-sumber lain1,2:

Sumber Biologi Sum-sum tulang Lemak Uri Jeli Wharton dari tali pusat Selaput Tali Pusat
Proses pengumpulan yang invasif
Senang untuk memproses dan mengasing sel
Hasil sel yang tinggi
(lebih kurang 20 juta sel se sm2selaput tali pusat)
Sel MSC
Sel EpSC
Umur sel stem Dewasa Dewasa Bercampur
(Sel terdiri daripada ibu dan bayi)
Bayi Bayi
HLA-E/HLA-G*


*Ciri-ciri Kawalan imun – Mempunyai ciri-ciri unik, sel-sel ini memainkan peranan yang penting dalam mengawal sistem imun pesakit apabila digunakan (iaitu menggalakkan engrafan HSC dan mengurangkan kadar penolakan).

Reference:
  1. Ivor J. Lim and T.T. Phan, Cell Transplantation, Vol. 23, pp. 497-503, 2014
  2. Mandy Stubbendorff, Tobias Deuse et.al., stem cells and development, Vol. 22, Number 19, 2013
X            

Dapatkan info kuasa sel stem tali pusat?

Hubungi kami di +603 2779 0033 atau membuat temujanji untuk!
Buat temujanji sekarang